lOnElY No MoRe

oPtImIsM ~ pEoPlE wHo AtTeMpT tHe DiFfIcUlT oFtEn AtTaIn ThE iMpOsSiBlE

Tuesday, November 10, 2009

H.E.L.P

baca komen entri semalam buat airmata jadi murah. rasa dihargai. terima kasih.

aku tak reti ayat lurus. jadi kalau kau pernah jumpa aku diluar, sila beritahu aku ini orang yg bagaimana? peramah? pendiam? leka dalam dunia sendiri? sombong? apa saja. tolong komen. soalan kedua. when someone i luv is not in a gud health, having problems ke.. i tend to call them.. say something sweet ke.. or even cuma jadi patung cendana just to b wif them. sbb tak semua benda kita bole tolong selesaikan but at least aku nak bersama-sama mereka menghadapi kesusahan itu. so tell me, where am doing wrong??

am tryin to appreciate my life. and i need help. pls drop ur comments. tq in adv.. mmuah~

Monday, November 09, 2009

kalau aku bisa pilih..

harini hari ke 3 aku hilang selera makan. tak tau kenapa. petang td lepas discussion, aku rasa down. sgt. kalau betul apa yg mel ckp tu.. aku tak tau nk kata apa. samaada terus jadi bodoh atau perjudikan nasib. pilihan di tangan aku.

saat-saat begini aku harap ada 'tangan' yg boleh mendakap aku erat-erat. supaya aku rasa selamat. tapi...... tiada 'tangan' yg dihulur. salah lagikah pilihan aku?

Friday, November 06, 2009

my fb stories~

isnin haritu aku apdet status kat fb. "58 days~". esok paginya, ex ofismet kat uk nun.. tiba-tiba ym. soalan beliau telah mencetuskan gelak tawa sampai senak perut.

ez : i notice something kat wall fb u. tick tock tick tock. kalau betul yg i pikir nih...

.. belum sempat dia habiskan, aku sampuk.

aku : i nk pegi kk je la u... ni nak pk lain la ni. hahahah..

ez : alaa potong stim betul la u nih. hahahaha.. dah tu cara cakap tu.., mcm something. cis.

aku, gelak je..

ez : len kali jgn main2 ba.. suka ba main2 sama aku..

aku : buli ba kalau kau.. hahahaha~

dear fren, kalau aku nak kawin... aku mesti bagitau awal-awal. jangan takut. aku mesti bgtau punyeee... sebab nk mintak korang sponsor! ahahahhaa~ ;p

tu cerita haritu.. cerita semalam.

kelopak mata kiri bergerak-gerak. banyak kali. tatau kenapa. ramai yang komen, nak jumpa orang jauh. ada yang kata orang rindu. as far as i concern la kan.. orang jauh & yang rindu-rindu tu.. hehe, tak balik kot dalam masa terdekat ni. hmmm...

melalui fb jugak bolehkan aku jumpa balik kawan-kawan kat itm. kawan-kawan sekolah. bila sorang jumpa aku, berderet-deret yang lain add jugak. masing-masing da dewasa, ada gambar dengan anak so lambat jugak nak ingat si polan si polan. secara tak langsung membawa aku ke sekolah lama. convent. kawan sekelas, junior-junior yang aku kenal semuanya dah kawin. semua dokong anak. semua dah tak sama. lebih sepuluh tahun kan :)

bohonglah kalau aku tak rasa apa-apa. ye.. rasa ketinggalan. nun jauhhh terkebelakang. tapi bila tengok kawan yang dulu kurus kering sekarang 3x ganda membesar, hmm.. tak apalah. sekurang-kurangnya aku ada kelebihan kat situ. hehehehehehe~ tak sedia lagi nak mengembang. nanti abislah baju semua tak bole pakai ;p haha.

ok, cont kerja. have a great weekend ya :)

Wednesday, October 28, 2009

the neverending stori..

ye aku lahir hari isnin. attractive ke tak.. hardworking ke tak.. entah la. but am sure of one thing. tak ada dalam list. sensitif. mungkin sebab dorang fikir sensitif adalah sesuatu yang negatif kot. well it's depending on how u c it.

cakap pasal sensentip ni... aritulaa.. mak bagitau, "balik awal sikit jumaat ke.. befdei aed. mak da mintak mak ijah buatkan kek.."

aku diam. sedikit sentap. ha, mula nak kata aku sensitif bukan-bukan la kan~ sila jangan assume aku begitu, begini sebelum dengar sampai abis stori aku okeh.

since kecik - bila aku dah bole ingat lah kan.. befdei aku tidak pernah diselebret. serius. reason mak, tengah bulan. befdei aku 9 hb feb. adik aku hampir setiap tahun selebret. befdei dia 30 hb oct. reason mak, 30 hb baru gaji.. ada duit. aku diam aje. tak ada la merajuk 3 hari 3 malam atau sampai lari dari rumah. takmo la nanti masuk suatkabo muka depan, "REMAJA LARI DARI RUMAH KERANA HARIJADINYA TIDAK DIRAI OLEH KELUARGA"... hoho. giler.

ok, balik pada cerita tadi.. dulu ms darjah 6 pernah la buat befdei party kecil-kecilan. konon-konon majlis perpisahan nak ke form one la. kenmain.. =p tapi.... pinjam duit mak. ulang semula, pinjam. why all dis happening? aku andaikan kerana aku bukan anak kesayangan mak. dan aku tak berani mintak-mintak dengan abah. end of story.

so befdei yang lepas-lepas tu, kalau ada duit.. sendiri beli kek.. cari kawan.. dan selebret sesama.

intan zurainee, ko ingat tak kita beli kasut same brand, same design, same price, diff color pastu hadiah kat sesama sendiri dulu?

tapi bila makin dewasa makin sukar nak kekalkan keadaan yang sama. kawan-kawan sibuk dengan family sendiri. so no celebration - maka dikutuk dek reza. loser katanya. heh.

so.. i shall say, sensitif adalah bersebab. setiap tahun aku pujuk diri sendiri. aku ingatkan diri sendiri, tak apalah.. mungkin Tuhan akan berikan aku' seseorang' yang akan menggantikan apa yang aku tidak pernah dapat.. apa yang aku terlepas. jadi mungkin kerana aku sudah terlalu lama memujuk diri aku dengan kata-kata itu, secara tidak sedar aku dah set satu standard di situ - orang yang akan jadi 'seseorang dalam hidup aku' tu harus gembirakan aku setiap kali harijadi aku.

.

.

i hope..

tak kisah la kalau tak faham. sbb tak semua orang laluinya. itu lumrah. ini bahagian aku.

Saturday, October 24, 2009

aku sedang susah hati ni.. ;( aku da cuba gembirakan diri. aku bergelak ketawa dgn kak ila, kak masy. kemudian ikuti terapi 'cinta' - dgr suara si dia. tapi.. lepas tu aku kembali susah hati. susah hati di dalam hati..

tatau nk cakap macamana.

lepas dapat 1 sms petang semalam aku terus jadi macamni.

aku takut. aku takut aku akan sedih.

aku risau. aku risau akan hakikat sebenar.

aku kesal. aku kesal semua ini berlaku dan aku hanya dpt dengar.

aku kecewa. aku kecewa aku tak mampu membantu.

i can't take it anymore.. aku sgt stresssssssss niiiiiiiiiiiii.. helppp!

Thursday, October 22, 2009

mish u sooooooooo much!

pagi tadi masa kat parking ofis, ayat pertama yang kuar dari mulut aku.. "tomei tomei nak gi mana tuuu.."

well.. bukan ditujukan pada bf.. no no. baby?.. no no. ofismet? lagi la a big NO > apa kejadahnye :P

tapi kan... pada kucen yang melintas kat tepi kereta pastu bole pulak berenti tiba-tiba semata-mata nak pandang aku yang keluar dari kereta. so sweetttt..

terus rindu kat yaya. aishhhh....

da berapa minggu tak jumpa yaya.. hurm..

babies pun mesti da besar.. hurm..

.

.

** bz + blur + mantok = complete! =)

Tuesday, October 20, 2009

bz day =)

minggu ni bermula dengan sangat sibuk.

semalam pagi, kena amik mins meeting. well, thank u so much reza! <-- dia bagitau bos yang kononnya aku volunteer nak amik mins. cisss..

last friday pulak, reza ada tanye if i could help him on something related to company event coming up next month. rupa-rupanya dia nak mintak aku buatkan speech. one for ceo and one more for the exec director. owh nooo~ aku sangat la tatau macamana nak berkata-kata dari lubuk hati seorang ceo ok.. tensi. tensi.

so semalam petang baru aku draft sikit. ni da buntu da. haish.. apa-apa pun aku pasti akan siapkan. aku tolong dia sebab aku rasa itu perlu. at dis very moment, aku perlu belajar buat benda yang tak ada dalam job scope aku. supaya hujung tahun bole masuk dalam appraisal. itu penting tu. hehe. plus... angan-angan tinggi melangit untuk ikut pnb program next year kat east m'sia tu,.. he is d person in charge. get my point? =)

lagipun, aku kesian tgk dia pening semacam je.. dis coming dec will b his big day. so as a fren, cover-cover la mana yang bole.

tapi!

ha ni nak stori bab cover. ni kisah kawan lain pulak. letih giler nak cover dia aje. dah la lately asikkk buat hal. mc la, cuti tetiba la. everytime supervisor dia mesti telefon aku tanya. tak pasal-pasal melibatkan aku pulak. aku ni bukan baby sitter dia la!

so harini bila supervisor dia tanye, aku bagitau yang aku dah lama tak jumpa dia, true stori. then td dat so called fren kata, "kenapa bagitau dia... leceh la nnti nk jawab-jawab.." ya Tuhan... aku ni tak leceh ke nak jawab-jawab?? and yet, aku da penat tau nak tipu-tipu. masalah aku sendiri pun aku dah letih nak cover sana-sini. inikan pula hal orang yang tak ada apa-apa kaitan dengan aku. haish... sabar jelah.

.

.

elok juga banyak keje. tak sempat fikir perkara lain.. yg tak penting. yg merosakkan fikiran. kan.

Friday, October 16, 2009

Life is Great ~ well.. perhaps.

dah lama aku takde gambar yang riang-ria macamni =) last mungkin masa pergi cameron dulu kot.

lokasi pengambaran adalah di kaki gunung kinabalu. sejuknya usah tanya. lagi-lagi dengan tema pakaian yang tak sesuai tu. rasa sama macam cameron waktu dah nak malam. tak ada terik cahaya matahari langsung. kalau ikutkan dua kali aku ke kaki gunung ni, dua-dua kali itu jugak la cuaca hujan.

itu saja serba sedikit tentang gambar. cerita lain, erm.. nothing much.

kalau bole, aku harap harini belum jumaat. terbalik pulak ye. selalu tak sabar nak jumaat. hehe.

sebabnya... sejak cuti raya haritu, dah 2 minggu berturut aku tak balik rumah mak. dalam situasi aku sekarang ni.. kalau bole, aku malas nak balik. bukan apa.. duduk rumah, tak ada benda nak buat. nanti aku akan semakin banyak fikir. maka makin menjadi-jadi fikir itu fikir ini. end up, susah hati. so untuk apa aku balik? serupa aku tak ada aje.

tapi kalau tak balik juga, aku tetap tak akan ada mood dengan tiba-tiba pun.. nak keluar pun mesti orang bosan tengok muka aku yang tak bersemangat ni. hahhahaha~ the only gud point dat at least takde la mak aku yang jadi mangsa.. terpaksa mengadap muka toye aku nanti. huhu. lagipun.. aku tak akan punye la nak 'reveal' keadaan sebenar pada mak. kena jadi hipokrit. itu yang aku tak suka. haish.

at dis very particular moment, keadaan terkawal. amarah? tiada. aku tidak pernah marah dengan apa yang berlaku. yang ada cuma sedih dan kecewa. selebihnya aku cuma TAKUT. bila sebut perkataan tu.. air mata mesti bergenang tiba-tiba. nape entah. trauma kah aku? ah! lupakan tentang itu.

apa kata kita cerita tentang makan-makan. selera aku jatuh merudum lately. sehingga aku bole ingat dengan tepat apa yang aku makan sejak seminggu lalu :)

masa di kk aku sempat minom air avocado. enak! kenapa dekat sini rasanya lain eh? macam rasa pencuci muka aje =P

lauk pauk nasi padang as usual, banyak. dagingnya macam papan. hehe. pemandangan pun best. dekat jeti jesselton. sambil makan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa sabah.. :P aku kan suka pantai.. suka laut.. suka pulau.. suka sunset.. suka suka suka sgt! semua tu dekat dengan jiwa aku yang konon keras tapi rapuh tu. hehehe.

and once again, nak makan apa malam ni ye.. hmmm..

Tuesday, October 13, 2009

~

teringin sangat rasanya nak tengok sunset...

.

.

.

sampai rumah semalam, start kereta dan terus pergi beli burger special. kena makan supaya tak sakit dikemudian hari. itu penting.. =) harini nak makan apa pula ye.. ermm.. pk.. pk..

Monday, October 12, 2009

......... II

tiada sebarang kepastian. apa saja bisa berlaku.

aku hanya tidak mahu hati terus runsing.. jadi aku pilih untuk diam.

dan senyum.

ikhlas atau tidak? aku tak ada jawapan untuk itu.

.

.

.

.

thanks k.masy sbb tlg edit gambar yg asalnya gelap gulita atas tu =)

Labels:

Friday, October 09, 2009

.............

1.

kau tau aku mahukan apa sekarang?

aku mahukan kehidupan + di"acknowledge" sebagai manusia.

aku mahukan mak + abah tak malu aku jadi anak mereka.

aku mahukan keluarga sebab keluarga lah aku mahu hidup. dan ada komitment untuk hidup.

aku mahukan anak. walaupun bukan anak sendiri. kerana anak-anak buat aku mahu hidup dan melihat keajaiban Tuhan.

aku mahukan disayangi oleh orang yang aku sayang kerana perasaan itu tidak boleh di jual beli. sangat mahal dan berharga.

aku mahukan kehidupan, kesusahan, kesenangan dan segala apa yang aku ada dikongsi bersama orang yang aku sayang dan aku berharap dia akan lakukan yang sama juga.

aku mahukan didengari kerana aku mahu dihargai sebagai wanita dan pasti aku akan menghargainya kembali dengan cara aku sendiri. pasti!

dan aku juga cuba memahami mengapa aku perlu tulis begini sedangkan itu adalah asas kehidupan yang mudah. budak-budak pun tau.. tapi kenapa bila semakin dewasa ianya menjadi semakin sukar difahami?

..

.

.

.

2.

sampai sini saja..

aku pilih berhenti. walaupun hati tak mahu. tapi aku terlalu kasihan melihat hati sendiri yang sudah compang-camping. miskin. kehidupan apa entah yang telah aku lalui. sampai kini tak ada tujuan. tanpa destinasi. untuk apa diteruskan?

aku tidak mahu menjadi barang. disimpan, disorok. tidak diketahui. akhirnya luput dan dilupai orang.

aku takut.

...

....

kerana aku sudah penat. juga kerana aku semakin takut menjadi luput dan dilupai.. jadi aku pilih berhenti. sekarang.

Labels:

Friday, September 18, 2009

To All, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir Batin Ikhlas Dari Hati.. Berhati-hati Di Jalanraya. Jumpa lagi!

Monday, September 14, 2009

Balloon Sculpture~

harini nak cerita pasal balloon sculpture. kebetulan sis rasp pun ada tanye pasal ni. ala bukan apa pun tu. balloon yang selalu kita tgk clown buat tu. tapi takpelah, jom tgk!

mula-mula kena ada balloon. kalau kat petaling street murah jek..

dan peniup belon sekali. tapi kalau rasa hebat, nak tiup guna mulut... punnn boleh ;p sampai raya aji tahun depan pun belum tentu siap. kehkehkeh.

dah siap isi angin tadi, buat bentuk camni...

ambik satu lagi ballon kaler merah pulak dan dipiat-piat sampai jadi gini.. ni kira basic je ni. kalau nak details camana jadi camtu nanti kita buat tuition lain ye :)

inilah hasilnya... walaupun kaler lain sebab beza lokasi tapi benda yang sama sebenarnya.

fyi, dalam banyak-banyak tu aku paling reti buat bunga je.. dulu ada jugak belajar buat benda-benda lain.. macam,

kisssing birds..

giraffe...

tapi sebab lama tak praktis, lupe dah. ini pun praktis balik sebab nak buat utk anak-anak yatim last friday.

.

.

so aku ingat raya nanti bila budak-budak datang kan.. nak kasik option la. nak duit raya ke nak balloon? kekekeke~

.

.

**dont break my heart..

Friday, September 11, 2009

Letih tapi bersemangat!

dari sehari ke sehari nak apdet tapi tak berjaya. benda yang nak disembangkan pun da overlapped. tatau mana satu nak mula dulu. sori thehehhe..

takpelaa.. kita buat marathon je =) get sett.. go!

jumaat minggu kedua puasa aku menghadiri majlis sumbangan & buka puasa dgn jabatan kebajikan masyarakat. only 5 of us fm umw. big bos, tin d exec, jaja, syam photographer & aku. majlis start jam 5pm. bole tak dorang pergi tak cakap.. awalnya aku mintak balik awal around 3pm sebab nk singgah umah mak aku dulu, nak tukar baju. tp dat person kata, blk jam 4pm sebab katanya kul 5pm tu event jabatan so kita takde buat apa pun. so fine.. tp jam 4pm bila aku cek kat ofis, depa semua da pergi. seketeri bos kata, jam 3pm lg dorang da gerak! cisss~~ so apa lagi, berdesup la aku balik.

venue for d event, dewan serbaguna telok datok banting. mau sejam lbh dari shah alam. lg jauh dr umah aku. so agak-agak jela gaya pemanduan berhemah aku time tu ye.. hehe. sampai rumah tepat jam 5pm. end up aku pakai kebaya. amboii sakan.. ;p bukan apa, sbb dat was d only baju yang tak payah iron.

implikasinya.. masuk2 dewan, org jabatan panggil aku 'puan'. tp sebab dah lambat, senyum je pastu cari bos. nasib vvip guest tak sampai lagi. fuh~ then syam kata baju aku cantek - mekasih syamm adikku.. tp kalau ckp je tak amik gambar hakakk ni watpe ;p. jaja pulak lebih pada nak mengutuk. katanya aku nmpk macam datin. ceh.. ;p~

makan ok. tapi sebab segan, tak de gambar. hehe.

minggu lepas pula, gathering + buka puasa dgn bloggers. pada mulanya, aku kiv. sebab nak balik rumah mak. tapi siang sabtu hari kejadian tu, aku kiv kan balik rumah atas faktor-faktor perikemanusian + persahabatan. which i believe, terbalas secara cash dgn tak disangka-sangka! syukur alhamdulillah.. niat ikhlas bulan ramadhan :)

to all.. mekasih kerana datang. walaupun agak segan hehe, walaupun tak ramai yang aku kenal.. insyaAllah we shall plan next activities untuk berkenal-kenalan. open house mungkin? :)

next!

hmm.. i'm thinking of buying new shoes. heels actually. since da kena pakai uniform ni aku jadi double selective bab membeli kasut. bekerja dengan big big boz yang sangat particular dgn corporate image [walaupun diri sendiri takdela corporate mana pun.. hehe] + bila events selalu kena naik stage so secara relevennya, heels adalah wajib bila ke ofis. bila da selalu, terbawa-bawa bila keluar berjalan - contoh macam kenduri kawen, is a must. window shopping pun bole kata, ya jugak. mungkin sebab tu orang rasa aku tinggi padahal taklah tinggi sangat pun ;)

disebabkan selective tu, bila jumpa yang betul-betul berkenan.. memang belasah sampai habis. yang ituuuuu aje. sampai puas hati. kasut aku hanya dibuang sebab rosak - dipakai. bukan terbiar hingga rosak. atau abang aku dengki lalu membuangnya.. hu~

kasut sekarang ni dah sampai masa. yang mahal sikit tu, da 2 tahun. yang murah dah lebih 6 bulan. memang kena ganti baru. so far ada la 2,3 jenis new arrival yang aku suka tapi harganya.. aku tak suka langsung! ;p..

so minggu ni, acara memburu kasut akan diteruskan. temanya dah pasti hitam. 3 inch is just perfect. sesuai dgn imej ala-ala lady in black ni. atau susah-susah sgt, just tempah + design sendiri. hmmm.. gud idea! kalau tak pun... pinjam kasut kak masy jelaaa.. tokey kasut! hehehe~

okla, nak siap-siap. ada event buka puasa dgn anak yatim & ibu tunggal arini. and as usual, kena standby atas stage. da mcm tugas tetap tetiap tahun. hu. oh dan 1 lagi aktiviti yang tak sabar nak buat malam ni.. balloon sculpture! yeayy~

hv a great weekend frens~

Friday, September 04, 2009

Buka Puasa I

acara berbuka puasa minggu lalu.

~

syukur alhamdulillah rezeki dari Allah.. :)

selamat berbuka puasa.

Tuesday, September 01, 2009

Saya tgh ada mood ni yg apdet awal pagi hehe~

rasa bersemangat bangun pagi ni. lepas cuti panjang yg sangat panjang.. =) mungkin sebab aku tak kemana-mana. itu yang rasa panjang kot. jumaat lepas bebuka puasa dgn jabatan kebajikan masyarakat, aku pulang terus ke rumah mak. esoknya ikut mak & abah ke pasaraya. hari-hari lepas tu aku dah tak keluar rumah. langsung. aktiviti aku cuma baca buku. sekejap-sekejap sblm berbuka aku tgk tv. then lepas buka, sambung baca. apa yang berlaku kat luar yang surat khabar tak apdet, aku memang tak tau.

so pagi tadi masa aku nak isi minyak, baru je angkat, blm tekan apa2 lagi ni.. tp kat screen tu terus charged 5 sen. eh! dalam hati aku terdetik.. kat sini kena extra charges kot. lain kali takmo la isi sini la. lepas tu aku pun meneruskan perjalanan. sambil dgr radio. terdgr la si farah kata.." jgn terkejut! mulai harini harga minyak naik 5 sen". ooo.. itulah jawapan pada persoalan tentang 5 sen tadi.. hmm.. nyaris aku tak terjah kaunter tanye pasal tu. buat malu je. huhu.

patut la semalam macam da tergerak-gerak nak gi isi minyak. hehe. alaa, aku memang setiap kali ahad malam memang tergerak-gerak pun. sebab malas nak isi esok pagi-pagi =p

tentang kenaikan kali ni, well... i've nothing to say. sampai beranak cucu cicit pun benda ni tak kan habis. *positive.. positive * heh.

oklah.. nak cont buat kerja. today ada signing ceremony. ok, chiaw~

Thursday, August 27, 2009

IKLAN LAGI

A) Enjoy great bargain on Car Motor Oil, Diesel Engine Oil, Motorcycle Engine Oil, Grease, Transmission Oil, Specialty products and many more… Don’t miss this opportunity of great great great bargains!!!!

B) UMW Advantech is proud to celebrate our coming Hari Raya Aidilfitri and National Day holiday season with our special Factory Sales on the below dates.

Date : 26,27,28 Aug & 1,2 September 2009 Time : 9.00am – 4.00pm Venue : Parking Area UMW Advantech Sdn Bhd Gate 3A Jalan Utas 15/7 Section 15 Shah Alam Selangor

Various products will be available for sale including : - GEP Oil Filters - DENSO Spark plugs - GEP Air Filters - DENSO Wiper Blades - GEP Brake Fluid - KYB Shock Absorbers - GEP Brake Pads - GEP Radiator Coolant

.

.

Dua-dua promotion ni produk UMW. So aku tolong panjang-panjang kan la ni. Jika berminat, sila datang ke alamat yang tertera =)

*mau kirim pun muleh.. bgtau je.

*** br lepas tgk + beli td. harga mmg sgt2 murah. sempat borak dgn bos dorang. katanya bole beli bulky.. no limit. sbb kena clearkan semua. nk kuar packaging baru. aku nampak ramai ca-ya-nun-alip yg borong berlori-lori. org kita tak minat berniaga agaknya..

Wednesday, August 26, 2009

IKLAN KEJAP!

my f&b manager datang mengacau tadi. sebok tau =p dia mintak aku tolong war-warkan buffet ramadhan di main ofis beliau. ada special promo katanya. mula-mula purchase 1 voucher cost rm462 for 10 pax makan. so anda layak mendapat free for another 2 pax = total jadi 12 pax lah. sangat molek kalau datang dalam 1 big group. lepas tolak bahagi tambah, cost utk 1 pax dalam rm38++ gitu. kalau berminat, sila hubungi pn liza 03-79551216. mekasih daun keladi... =)

Tuesday, August 25, 2009

jalan-jalan bagai nak rak masa 1st day puasa~

harini dah masuk hari ke- 4 puasa. syukur. semalam aku mc. migrain. mc kali ke- 7 utk tahun ni je.. dasat.. dasat. harini sisa-sisa migrain masih ada. tapi.. aku masih bertahan. sayang nak ponteng..

dalam 4 hari ni kan, aku rasa hari pertama paling tak terasa macam berpuasa. bahkan masa berlalu super-pantas! pagi tu hujan. sejuk je. tengahari pulak, aku, kak masy & kak ila gi ikea. as usual aku mesti sakit kaki punye.. terima la hakikat badan ko da berat hoho! dah la baru je pegi khamis aritu.. ni pegi lagi. aiseh.

then pergi ou pulak. aku tatau pun dorang nak pegi situ. aku folo je. sambil tido-tido sket dalam kete. hhehehe~ kak ila la yg bershoppin sakan.

yg kitorang dua worang ni just window shoppin.. lepas amik pic ni, kena marah dgn sales girl. ah sudeh la~ takmo beli.. *mmg takmo beli pun.. huhu*

pastu singgah kaunter estee lauder. untung gak ikut kat ila ni. merasa gaklah tenyeh krim mahal kat tangan sendiri. hehehe. kalau sorang, sumpah tak singgah!!

sebab dah nak dekat time buka so kitorang buka kat area situ jela.

makan steamboat.. nah~ macam menara kl dah ni..

ni cik tukang tuang bahan dalam periuk sup hehehe~

kak ila la yg paling reti makan benda ni. do & donts. protokol sumer la. aku, belasah je.. janji makan =p

posing sebelum makan. abaikan rupa kami yg pelik-pelik tu ye. kekekeke~

dan.. desert yang sangat tak menyesal order. sgt nyum nyum.. tapi, lepas tu kesejukan tak hengat laa.. hu~

hm.. itulah saje cerita satu hari yang penuh aktiviti. lupa kejap yang diri tu berpuasa. hehe. cuma 2 hari kebelakangan ni jelaa.. rasa lemau sikit. tu pun sebab tak sihat kot.. hopefully esok ok la.

erm.. nak buka apa harini ye??...

Friday, August 21, 2009

Kalau tak faham, buat-buat faham sudeh~

without any proper plans, pagi2 semalam sampai je ofis aku terus apply half day leave. since my f&b manager very supportive i decided to tell him the reasons. the truth. hujung2 bicara tu aku bitau, "tp kalau dia bz harini sy kensel la cuti" "laa.. xkonfem betul2 ke dgn dia?" aku geleng je. "haish.. suka buat cerita kelakar. pergi la call dia sekarang. plan betul2.. karang tertunggu2 awak jugak yang monyok.." eeh dia pulak beria-ia.. hahaha!

as some people might knw, tentang status aku ni.. [long distance relation + nature of his work = cuti tak tentu..] so aku rasa, tindakan aku ambil cuti tgh2 minggu bukan satu kesalahan besar. walaupun cuti aku kritikal tapi.. ada pilihan lain ke? if u're in my shoes then.. mungkin korang akan buat benda yang sama. for myself, at least itulah yang dipanggil effort =). owh aku takmo cerita macam2 pasal dia. smlm sempat jugak dia kenakan aku. katanya, "sure nanti u tulis dlm blog u, semalam pergi tgk g.i.joe dengan wan.." sambil gelak2kan aku. cis~ memang tak bole blah punye. nak kondem aku kuat jaja cerita dia la tu. and now ha ambik.. i betul2 tulis kat sini. padan muka u. huhu~

2 org yg sebok membelek lemari @ our fav store..

whateva it is, i had a great time yesterday. i hope u feel d same way too :) ah sedikit jiwangs sebelum puasa ni hehehe~ ok dah. tukar topic =p

pagi ni dept buat pot luck! petang semalam masa kat ikea reza giant telefon bagitau. lepas tu siap sms, "nape ko half day arini, ko ada problem ke?" kelakar la ko jaja.. suka sebok. haish. dek kerana tak sempat, aku cuma sempat beli cheese cake je utk pot luck. jadilah kan.. d thoughts dat count =D so i would like to take this opportunity to wish all muslim frens, selamat berpuasa esok =) esok tau.. bukan lusa atau tulat hehe.

.

.

.

... dan oleh kerana event kat ofis akan menyusut hampir 70% so aku akan ada banyak masa utk fokus pada bisnes sampingan. cewah~~ bunyi macam million2 punye bisnes je eh.. hehe.